February 18, 2008

Teka-teki bodoh

Soalan : Hitam & berpeluh..Haa..Ape tu??
Jawapan : Semut hitam tengah berjogging....

Soalan : Apa benda bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung....
Jawapan : Seluar dalam lerrr..

Soalan : Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan : Kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuih lepat liat sampai
LELANGIT...

Soalan : Byk-byk kotak, kotak ape yg tak leh angkat?
Jawapan : Kotak penaltilah

Soalan : Kenapa penggali kubur gali kubur tak pakai selipar???
Jawapan : Selipar maner boley buat gali tanah......gune cangkol lar....

Soalan : 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah ia?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam.

Soalan : Masa dia hidup kita nyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
Jawapan : Lilin masa sambut birthday

Soalan : Scorpion kaler apa?
Jawapan : Kala jengking la

Soalan : Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
Jawapan : Kerani

Soalan : Ada sorang iman, tengah sembahyang lepas tu ada sekor anjing lalu depan dia.. pastu
dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?
Jawapan : Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri

Soalan : 4 org awek berpayung dgn satu payung tp kenape tak basah?
Jawapan : Sebab tak hujan

February 11, 2008

Pesakit dari 2 negara

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York , Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:" United kingdom..." Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi. Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. " Birmingham..."kata si Mat Saleh. Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..." Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"

Anjing siapa lebih pintar?

Dua wanita sedang berbual-bual tentang kehebatan anjing masing-masing.
Wanita 1: U know.... anjing I cukup pintar, dialah yg tunggu mamak surat khabar dan bawa
masuk kpd suami I yg sedia menunggunya.
Wanita 2 : I knowwwww......
Wanita 1 : Bagaimana U know ?
Wanita 2 : Anjing I bagi tau !

Jalan Sehala

Seorang pelancong Indonesia datang ke Kuala Lumpur tersesat jalan lantas menalipon rakan Malaysianya.
Rakannya bertanya " Kau dimana sekarang?"
Pelancong Indonesia menjawab " Aku di JALAN SEHALA sekarang!".

Bapak dia kaya...

Pada satu pagi, di kedai mamak....
Ali : Aku hairan tengok kau.
Kassim : Kenapa, ada yang tak kena ke?
Ali : Yelah, kau tu. Aku tengok anak kau bawak kereta mewah. Tapi kau asyik
bawak basikal buruk kau tu aje.
Kassim : Dia bolehlah, bapak dia kaya. Bapa aku miskin

Perompak

Ada 2 org perompak yg tlh merompak bank & berjaya melarikan diri dari pihak polis. Mereka membahagi-bahagikan wang hasil rompakan tersebut yg jumlahnya agak banyak.
A : takyah lah kire. kite tunggu sok pg je.
B : apsal plak?aku tak sabor dah ni!!!
A : sok kluar paper, kite tau lah jumlah duit ni braper!!

February 04, 2008

Temuduga Warden

Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.
Pegawai : Awak ada pengalaman ke?
Pemuda : Tak ada.
Pegawai : Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Ooohhh...tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya keluarkan je!!

Parti

Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.

"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata Hamid kepada Wahub.

"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.

Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."

Masjid Jamek

Pada suatu hari yang damai, Tipah berjalan menuju ke stesyen LRT yang berdekatan dengan rumahnyer. Sesampainyer dia di situ, dia terus bergerak ke kaunter dan dengan senyuman yang menyeringai dan ramahnyer dia terus bertanya,
"Kak ....Masjid Jamek berape?".
Akak jaga kaunter tu kebetulan pulak baru dapat call dari kawan dia. Kawan dia report yang suami dia tgh dating ngan awek lain. Dengan rasa marah dan poyo yg masih bersisa maka akak kaunter pon jawab,
" Masjid Jamek ade satu jek."

Cuti sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar
sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...

Matahari

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa
yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"

Wife's diary vs Husband's diary

WIFE's DIARY

Sunday night - I thought he was acting weird. We had made plans to meet at a cafe to have some coffee. I was shopping with my friends all day long, so I thought he was upset at the fact that I was a bit late, but he made no comment.

Conversation wasn't flowing so I suggested that we go somewhere quiet so we could talk, he agreed but his mind was far away. I asked him what was wrong - he said, "Nothing." I asked him if it was my fault that he was upset. He said it had nothing to do with me and not to worry.

On the way home I told him that I loved him, he simply smiled and kept driving. I can't explain his behavior; I don't know why he didn't say, "I love u, too."

When we got home I felt as if I had lost him, as if he wanted nothing to do with me anymore. He just sat there and watched TV; he seemed distant and absent.

Finally I decided to go to bed. About 10 minutes later he came to bed. I decided that I could not take it anymore, so I decided to confront him with the situation but he had fallen asleep. I started crying and cried until I too fell asleep. I don't know what to do. I'm almost sure that his thoughts are with someone else.
My life is a disaster.


HUSBAND's DIARY

Today Manchester United lost again. Niamah.

February 01, 2008

Engineer vs Management

Once upon a time, a man in a hot air balloon realized that he was lost. He reduced altitude and spotted a woman below. He descended a bit more and shouted.

"Excuse me, can you help me? I promised a friend I would meet him an hour ago, but I don't know where I am."

The woman below replied. "You're in a hot air balloon hovering approximately 30 feet above the ground. You're between 50 and 51 degrees north latitude and between 114 and 115 degrees west longitude."

"You must be an engineer," said the balloonist.

"I am," replied the woman. "How did you know?"

"Well," answered the balloonist, "everything you told me is technically correct, but I've no idea what to make use of your information. The fact is, I'm still lost. Frankly, you've not been much help at all. If anything, you've delayed my trip."

The woman below responded, "You must be in management."

"I am," replied the balloonist, "but how did you know?"

"Well," said the woman, "you don't know where you are or where you're going. You have risen to where you are due to a large quantity of hot air. You made a promise, which you've no idea how to keep, and you expect people beneath you to solve your problems. The fact is, you are in exactly the same position you were in before we met, but now, somehow, you've managed to make it my fault!!"

Ayan & Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada
juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut.
Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan,
hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : !!????? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)