Pada satu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek nun di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing. Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
Pontianak A : Korang nampak rumah tu
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 5 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut.Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Korang nampak kampung tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 2 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Korang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err...tadi aku tak nampak...
January 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment