Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak. Apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu berhenti?
Jawapannya ialah meter bas tulah...
Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ..ahhh sape dapat jawab???? senang jer...tahu tak jawapannya?
Aahh jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe. nih antara pasangan bercinta lerrr. hehehehe
Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
Orang india tu jatuh lah....(keh keh keh!!!)
Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di bagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan..
Jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau tak hehehhe mesti dapat sorang sebiji
Ok aku nak tanya hampa. benda apa kalau naik tak turun dah?
kui..kui..kui jwpn dia umuq la. ish...ish...ish hampa ni
Murid1 : Cikgu,Sungai Seget di mana?
Cikgu : .....(Diam jer).
Murid2: Ha... kau balik rumah nanti kau pergi tanya mak kau.Ajak pergi bercuti sekali kat sana.
Bila dirumah.
Murid1: Emak!Sungai seget kat mana?Jom kita gi bercuti!.
Emak: Palah otakko!Sape yang nak cuti kat tepi parit tu!
(Sungai seget tu kat JB. Sape yang dok JB tau la kat mana sungai seget tu)
Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan demikian lagi. Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun jadi driver kereta jenazah... faham faham aje lah.
Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
Jawapannye betina ler... pasal dia pakai pad. hehe
Ada sekor gajah dan sekor kancil, berjalan2 dalam hutan. Suatu ketika, mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah.........?Gajah patah apa rasanya ya????
Gajah PATAH BALIK ler!
Dalam banyak banyak lembu, lembu apa yang semua petani cari?
Any answer?
Lembu yang hilang lah. kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.
Hidupan apa didalam laut paling tua.
Jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha--ha--ha--ha--
Cube teke ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri.......? Jawab2 jangan tak jawab.
Ape? tak tahu jawapannye?
Senang je jawapannye tapak kaki la......
Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu...
Jawapan nyer: ikan sardin. sebab nyer dier duduk dlm tin..
Andaikata anda terjumpa mayat manusia dan bangkai haiwan yang mana satu anda perlu tutup dulu?
Jawab.. jawab jgn tak jawab..Dua-dua..salah la.Tak tahu?
Tentulah hidung..
Apakah benda yang kita potong ia tetap akan panjang?
Ha jawapannya mestilah kacang panjang. Tak kanlah dah potong kita kena panggil kacang pendek.... Tak baik tau.
January 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment