January 02, 2008

Lawak guru dan murid

CIKGU : Arip, kenapa kamu datang lewat hari ni?
ARIP : Hujan lebat cikgu..

CIKGU : Semalam, kenapa awak tak hadir??
ARIP : Hujan, cikgu..

CIKGU : Aik!! Hujan juga.. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??
ARIP : Banjir cikgu..

CIKGU : @#^%$%^*

**********************************************

CIKGU : Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
ALONG : Untuk mencari makanan, cikgu..

CIKGU : Bagus, sekarang giliran Neena pula. Apakah tugas batang pokok pisang?
NEENA : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu..

CIKGU : Pun bagus juga. Sekarang, giliran Din pula. Apakah tugas daun pisang?
DIN : Untuk membuat 'tapai' cikgu..

CIKGU : Uii.. lagi bagus. Sila berdiri atas meja sampai tamat waktu kelas!

**********************************************

CIKGU : Baiklah, kita mulakan soal jawab. Fezzul, bangun..
(Fezzul yang baru bangun dari tertido tiba-tiba berdiri)

CIKGU : Jawab dengan pantas, siapakah yang telah membunuh J.W.W Birch?
FEZZUL: Sumpah, saya tak bunuh. Betul cikgu, saya tak kenal pun orang putih tu..
(sambil menangis melolong..)

CIKGU : Mampoooss kalau aku ada 20 orang pelajar
macam ni.. (dalam hati)

No comments: